Saturday, October 11, 2008

INTRODUCING... RENDANG TOK... edisi Uwan

INTRODUCING... RENDANG TOK... edisi Uwan


Ingredient

1. Daging 1 kilo [Potong sebesar 4cm x 4cm]

2. Santan 2 biji

3. Garam Secukup rasa (preferably garam kasar)

4. Gula 1 sudu kecil

5. Kunyit 2 sudu kecil

6. Daun kunyit 3 helai [Buang batangnya, dan ikat daun]

7. Bawang merah kecil 15 biji [hiris]

8. Halia sebesar ibu jari [hiris]

9. Lengkuas sebesar 2x ibu jari [hiris]

10. Bawang putih 5 biji [hiris]

11. Serai 4 batang [hiris halus]

12. Cili padi 15 biji [potong kecil2]

13. Cili Kering 15 tangkai [potong2 dan rendam]

Cara memasak

1. Blend Halia (item 8), lengkuas (item 9), bawang putih (item 10), serai (item 11), cili padi (item 12) dan cili kering (item 13) dengan sedikit air

2. Masukkan Daging dan bahan yg diblend ke dalam kuali dengan api sederhana

3. Masukkan garam

4. Biarkan hingga almost kering

5. Bila almost kering, masukkan santan. Kuatkan api

6. Bila menggelegak, masukkan bawang merah yang dihiris (item 7) dan daun kunyit yang telah diikat (item 6)

7. Masukkan gula

8. Kacau hingga kering


No comments:

Post a Comment